Aktiviti / Peristiwa Minggu Ini

TARIKH : 21/10/2019 HINGGA 25/10/2019

 

21/10/2019 DTP: Dialog Prestasi Peringkat Negeri Pahang Bil 4/2019 Ii) DTP:Mesyuarat Senior Responsible Owner (SRO) N.Phg Bil 1/2019  
    SJKC Khee Chee Temerloh, Pahang  
 21-23/10/2019 : Bengkel Program Perhalus Bagi Mata Pelajaran Sejarah Kertas 3(1249/3) Negeri Pahang Tahun 2019  
    Hotel Megaview, Kuantan  
22/10/2019 : Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Perkhidmatan Talian Internet Interim JPN Pahang  
    Bilik Gerakan, JPN Pahang  

 

 

 

 

 

 


1.Surat Siaran bagi Perakuan Pemangkuan Pembantu Makmal Gred C19 Ke Gred C22
Tahun 2019 Di Kementerian Pendidikan Malaysia

2.Surat Siaran bagi Perakuan Pemangkuan Pembantu Makmal Gred C22 Ke Gred C26
Tahun 2019 Di Kementerian Pendidikan Malaysia 

Borang permohonan berserta dokumen - dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar
pada atau sebelum 25 Oktober 2019  kepada:
 
  Pengarah Pendidikan Pahang
  Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
  Bandar Indera Mahkota
  25604 KUANTAN
  Perhatian :  Unit Naik Pangkat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019 (URUSAN CICIR)

Sila Klik . Surat Iklan
                Surat Urusan Kenaikan Pangkat 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 TAHNIAH!!! SK TUNKU AZIZAH PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN
ANTARABANGSA 2019
Sila Klik..ANUGERAH PENCAPAIAN ANTARABANGSA 2019_SK AZIZAH

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 TAHNIAH!!! PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA SIMPOSIUM HEALTH 
PROMOTION IN LEARNING INSTITUTIONS PERINGKAT KEBANGSAAN

Sila Klik  PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA SIMPOSIUM HEALTH PROMOTION IN LEARNING INSTITUTIONS PERINGKAT KEBANGSAAN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 TAHNIAH!!!PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH           

 Sila Klik :PELANTIKAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN, JPN PAHANG

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAHNIAH!!!PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING,KPM
Sila Klik:PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KPM
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAHNIAH!!!PEMENANG ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN KPM
 Sila Klik:KEPUTUSAN ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVI PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN KPM

 

 

Kenyataan Media: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)


 

 

GARIS PANDUAN PENGURUSAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN 2019

Sila Klik Panduan

 

PERUTUSAN ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Sila Klik PERUTUSAN TAHUN 2019

1) SURAT PENGURUSAN FAIL PANITIA MATAPELAJARAN

2) SURAT PEMANTAPAN PENGOPERASIAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

3) SURAT CETAKAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

VIDEO & TEKS UCAPAN MAJLIS AMANAT MENTERI PENDIDIKAN 2019

 Sila Klik 1) Teks Ucapan Majlis Amanat Menteri Pendidikan 2019

           2) Video  

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 14 TAHUN 2018

"PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3) DI SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULA TAHUN 2019

    Sila Klik 1) SURAT SIARAN
2) VIDEO DISKUSI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH  
3) VIDEO SIDANG MEDIA KPPM PADA 19 DISEMBER 2018

12 INISIATIF TERBARU PERINGKAT SEKOLAH

     Sila Klik

 

 TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (RMK-11) OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN, DR. MASZLEE BIN MALIK PADA 30 OKTOBER 2018

          Sila klik Muatturun

 

PINDAAN JADUAL PERWAKILAN KUASA PEGAWAI PENGAWAL KPM BAGI PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN 11.SILA KLIK  

 
 

 

1.
  Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
  PBS direkabentuk selaras dengan dasar pentaksiran pendidikan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi diri sebagai modal insan. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak hanya dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
   
2. Apakah komponen PBS?
 

PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian akademik dan bukan akademik yang terangkum menerusi 4 komponen pentaksiran seperti berikut: 1. Pentaksiran Sekolah (PS); 2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK); 3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi); dan 4. Pentaksiran Pusat (PP).

Melalui empat komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid adalah lebih komprehensif melalui profil, pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan penglibatan (involvement) dan mampu memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.

 

 

3.  Apakah punca kuasa pelaksanaan PBS?
   Pelaksanaan PBS di peringkat sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: i. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; ii. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan iii. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
   
4.  Apakah dasar PBS di Malaysia ini mengambil model sepenuhnya dari negara maju?
   PBS dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor untuk membangunkan modal insan yang holistik. Kurikulum yang holistik perlu dilengkapi dengan sistem pentaksiran yang holistik. Dalam membangunkan PBS, LP merujuk kepada amalan negara yang telah berjaya melaksanakan PBS seperti Australia, Kanada dan New Zealand.
   
5. Adakah kajian rintis dibuat sebelum PBS dilaksanakan seluruh negara?
  Pada tahun 2008, LP telah menjalankan kajian rintis kepada persampelan 500 buah sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan SJKT, bandar dan luar bandar, kluster, Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK Pendidikan Khas. Tujuan kajian rintis adalah untuk mendapat maklumat tentang keperluan, kesesuaian dan kebolehlaksanaan daripada segi sistem pentaksiran, personel, kemahiran guru dalam bidang pentaksiran serta prasarana fizikal dan ICT. Dapatan adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan transformasi pentaksiran, jika sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian dilaksanakan peratusan meningkat kepada 93.1%.
   
6. Adakah PBS sesuatu yang baharu?
  Pentaksiran sekolah telah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran . Murid ditaksir melalui proses dan produk secara formatif dan sumatif. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menjalankan pemulihan, pengukuhan atau pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran Pusat telah dilaksanakan oleh guru di sekolah semasa menjalankan Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)
   
7. Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah?
  Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan PBS, Panduan Penjaminan Kualiti, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan dan surat siaran Lembaga Peperiksaan.
   
8. Adakah murid akan dinaikkan kelas secara automatik dengan pelaksanaan PBS?
  PBS tidak mengubah dasar sedia ada tentang kenaikan murid ke kelas / tingkatan yang lebih tinggi. Murid akan dinaikkan kelas secara automatik. Walau bagaimanapun melalui pelaksanaan PBS, guru harus membantu murid menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan dalam kurikulum.
   
1. Apakah itu kaunseling?
  Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh untuk sepanjang hayat berlandaskan kod etika kaunselor.
2. Siapakah kaunselor?
 

Kaunselor merupakan individu yang mempunyai latihan, kepakaran, pentauliahan, pengetahuan dalam kaunseling dan pengalaman dalam proses membantu individu yang mempunyai latarbelakang yang berbeza dan isu-isu yang pelbagai. Di Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Pahang ditempatkan seramai 2 orang kaunselor bagi memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada klien.

3. Bilakah waktu operasi bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
  Waktu operasi Sektor Psikologi dan Kaunseling adalah bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat). Waktu rehat pada jam 1.00 hingga 2.00 petang (Isnin – Khamis) dam 12.30 tengahari – 2.45 petang (Jumaat).
4. Di manakah terletaknya Sektor Psikologi dan Kaunseling?
  Terletak di Aras Bawah, Blok B, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, 25604 Kuantan, Pahang.
5. Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di Sektor Psikologi dan Kaunseling ini?             
  Perkhidmatan di Sektor Psikologi dan Kaunseling adalah terbuka kepada semua warga kakitangan di Jabatan, PPD, sekolah-sekolah dan komuniti setempat.
6. Berapakah bayaran yang dikenakan setiap kali menghadiri sesi kaunseling di Sektor Psikologi dan Kaunseling?
  Perkhidmatan sesi kaunseling yang disediakan di Sektor Psikologi dan Kaunseling adalah secara PERCUMA.
7. Bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Sektor Psikologi dan Kaunseling?
  Sila buat temujanji terlebih dahulu atau hubungi Sektor Psikologi dan Kaunseling untuk mendapatkan waktu temujanji dan agar tidak bertindan dengan temujanji klien lain. Sila hubungi Sektor Psikologi dan Kaunseling di talian 09-571 5721 / 5722 / 5723 untuk mendapatkan tarikh temujanji anda.
8. Apakah isu atau masalah yang boleh saya kongsikan di dalam sesi kaunseling?
  Pelbagai isu dan permasalahan boleh dikongsi dan dibantu melalui kaunseling. Contoh: peribadi, perkahwinan, keluarga, kerjaya dan lain-lain.     
9. Jika saya mempunyai isu/ masalah, bilakah waktu yang sesuai bagi saya mendapatkan khidmat kaunseling?        
 

Anda boleh berjumpa dengan kaunselor jika anda merasakan perlu berkongsi dengan seseorang tentang isu/ permasalahan berkenan dan tidak perlu menunggu sehingga perkara tersebut serius. Jika permasalahan masih kecil, ia akan memudahkan proses penyelesaian permasalahan tersebut.            

10. Adakah maklumat yang saya berikan sewaktu sesi kaunseling selamat?
  Segala isu atau permasalahan yang dikongsikan di dalam kaunseling adalah RAHSIA & SULIT mengikut AKTA KAUNSELOR 1998 berdasarkan syarat – syarat tertentu.         
11. Adakah setiap isu/ permasalahan yang saya kongsikan dalam sesi kaunseling akan direkodkan dalam buku perkhidmatan?
  Segala perbincangan di dalam sesi kaunseling tidak akan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan tetapi hanya akan direkod di dalam rekod sesi kaunseling dan ianya hanyalah untuk kegunaan dan rujukan kaunselor berkenaan sahaja.

 

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel
 

1.   Adakah dibenarkan ahli-ahli kelab/ persatuan/ unit beruniform menjalankan aktiviti berkhidmat dan memungut sumbangan secara terbuka diluar kawasan sekolah?

Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil : 7/1983: Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Pelajar Sekolah

 

2.     Perlukah rekod aktiviti kokurikulum dihantar bersama- sama surat pertukaran pelajar yang berpindah sekolah?

Perlu

 

3.     Apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya berlaku kemalangan kepada murid semasa menjalakan aktiviti luar?

Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil : 4/1991: Pelaporan Kejadian Tidak Diingini di Sekolah Dan Pekeliling Ikhtisas Bilangan : 3/1995: Perlaksanaan skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bukan Kerajaan.

 

4.    Adakah perlu kelab/persatuan mempunyai perlembagaan/ peraturan?

Dimestikan. Akta Pendidikan 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 Berkuatkuasa 21 Mei 1998

 

5.     Adakah semua pelajar dikehendaki menyertai kegiatan kokurikulum ?

Sila rujuk SPI Bil : 1/1985 ; Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)

 

6.     Bolehkah aktiviti dijalankan di dalam  kawasan sekolah hanya di bawah pengawasan jurulatih luar/ jurulatih bukan guru?

Semua aktiviti, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah sentiasa di bawah pengawasan Guru Penasihat Kelab/ Persatuan.