Aktiviti / Peristiwa Minggu Ini

TARIKH : 14/10/2019 HINGGA 18/10/2019

 

14/10/2019 Majlis ETA Showcase Peringkat Negeri Pahang Tahun 2019  
    Hotel Zenith, Kuantan, Pahang  
14-15/10/2019 : Pra-Lawatan Penilaian Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) Ke Pusat Bertauliah / Penyedia Latihan Kemahiran Bagi Permohonan Pentauliahan Program Melalui Pentauliahan Induk Bagi Bulan Oktober Tahun 2019  
    SMK Kampung Raja, Cameron Highlands  
15/10/2019 : Latihan Pengukuhan Pengguna Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu (MyGOVUC) Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Siri 1/2019  
    Makmal Komputer, JPN Pahang  
16/10/2019 : Latihan Pengukuhan Pengguna Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu (MyGOVUC) Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Siri 2/2019  
    Makmal Komputer, JPN Pahang  
17/10/2019 : Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pasukan Projek (Zon Timur) Bagi Perkhidmatan Sewaan Perkakasan ICT Pengurusan Dan Pentadbiran (PDT) Di Bahagian Dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bilangan 4/2019  
    PPD Maran  
17/10/2019 : Majlis Perasmian Progran Wira Anti Rasuah (WAR) Peringkat Sekolah Rendah Dan Menengah Negeri Pahang Tahun 2019  
    Auditorium Darul Makmur (ADAM)  
    Jabatan Penyiaran Negeri Pahang  

 

 

 

 


1.Surat Siaran bagi Perakuan Pemangkuan Pembantu Makmal Gred C19 Ke Gred C22
Tahun 2019 Di Kementerian Pendidikan Malaysia

2.Surat Siaran bagi Perakuan Pemangkuan Pembantu Makmal Gred C22 Ke Gred C26
Tahun 2019 Di Kementerian Pendidikan Malaysia 

Borang permohonan berserta dokumen - dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar
pada atau sebelum 25 Oktober 2019  kepada:
 
  Pengarah Pendidikan Pahang
  Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
  Bandar Indera Mahkota
  25604 KUANTAN
  Perhatian :  Unit Naik Pangkat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019 (URUSAN CICIR)

Sila Klik . Surat Iklan
                Surat Urusan Kenaikan Pangkat 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 TAHNIAH!!! SK TUNKU AZIZAH PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN
ANTARABANGSA 2019
Sila Klik..ANUGERAH PENCAPAIAN ANTARABANGSA 2019_SK AZIZAH

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 TAHNIAH!!! PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA SIMPOSIUM HEALTH 
PROMOTION IN LEARNING INSTITUTIONS PERINGKAT KEBANGSAAN

Sila Klik  PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA SIMPOSIUM HEALTH PROMOTION IN LEARNING INSTITUTIONS PERINGKAT KEBANGSAAN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 TAHNIAH!!!PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH           

 Sila Klik :PELANTIKAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN, JPN PAHANG

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAHNIAH!!!PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING,KPM
Sila Klik:PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KPM
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAHNIAH!!!PEMENANG ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN KPM
 Sila Klik:KEPUTUSAN ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVI PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN KPM

 

 

Kenyataan Media: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)


 

 

GARIS PANDUAN PENGURUSAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN 2019

Sila Klik Panduan

 

PERUTUSAN ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Sila Klik PERUTUSAN TAHUN 2019

1) SURAT PENGURUSAN FAIL PANITIA MATAPELAJARAN

2) SURAT PEMANTAPAN PENGOPERASIAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

3) SURAT CETAKAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

VIDEO & TEKS UCAPAN MAJLIS AMANAT MENTERI PENDIDIKAN 2019

 Sila Klik 1) Teks Ucapan Majlis Amanat Menteri Pendidikan 2019

           2) Video  

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 14 TAHUN 2018

"PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3) DI SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULA TAHUN 2019

    Sila Klik 1) SURAT SIARAN
2) VIDEO DISKUSI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH  
3) VIDEO SIDANG MEDIA KPPM PADA 19 DISEMBER 2018

12 INISIATIF TERBARU PERINGKAT SEKOLAH

     Sila Klik

 

 TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (RMK-11) OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN, DR. MASZLEE BIN MALIK PADA 30 OKTOBER 2018

          Sila klik Muatturun

 

PINDAAN JADUAL PERWAKILAN KUASA PEGAWAI PENGAWAL KPM BAGI PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN DI BAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN 11.SILA KLIK  

 
 

 

1.    Saya ingin mendapatkan senarai Sekolah Berasrama Penuh, KPM di negeri Pahang.

Terdapat 7 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Pahang :-

atau boleh melawat laman web Bahagian Pengurusan Sekolah Berasram Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.bpsbpsk.webs.com atau http://www.moe.gov.my

 2.    Siapakah yang boleh  memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM?

Pengambilan ke SBP dibuat dalam DUA (2) peringkat.

i) Peringkat pertama bagi lulusan UPSR

ii) Peringkat kedua bagi lulusan PMR

 

3.    Apakah syarat untuk memohon ke SBP, KPM ?

a) Warganegara Malaysia.

b) Pelajar Sekolah Kebangsaan (UPSR) / Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan (PMR).

c) Aktif dalam Kokurikulum.

d) Lulus pemeriksaan kesihatan dan tidak menghidapi penyakit kronik dan berjangkit.

e) Bagi lulusan UPSR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya mendapat 4A 1B dengan kelulusan Matematik dan Sains adalah gred A

f) Bagi lulusan PMR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya 6A (tidak termasuk bahasa asing) dan mendapat sekurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. Matematik dan Sains mesti mendapat gred A. Bagi aliran agama mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran berkaitan.

 

4.    Bagaimanakah cara memohon ke SBP, KPM ?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my.

Talian ini hanya dibuka mulai awal bulan September sehingga pertengahan bulan Oktober sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan atau boleh merujuk kepada sekolah masing-masing.

 

5.    Sekolah SBP manakah yang ada menawarkan aliran sains dan agama?

Semua Sekolah SBP Integrasi dan Sekolah Menengah Agama di bawah Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster , KPM. Maklumat lanjut boleh melayari laman web di alamat http://www.bpsbpsk.webs.com atau http://www.moe.gov.my  

6.    Bolehkah memohon ke SBP sedangkan keputusan peperiksaan awam belum diperolehi ?

Semua murid berpotensi boleh memohon kerana keputusan peperiksaan tidak perlu disertakan kerana akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan Malaysia berpandukan angka giliran.

 

7.    Bolehkah berpindah ke sekolah berasrama penuh yang lain jika sekolah yang ditawarkan tidak sesuai ?

Murid tidak dibenarkan menukar ke SBP yang lain selain daripada yang telah ditawarkan.

 8.    Bolehkah menukar aliran yang lain di SBP yang ditawarkan ?

Murid tidak dibenarkan menukar aliran.

1.     Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM (minggu pertama bulan Mei setiap tahun). Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan. 

 

2.     Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke tingkatan enam bawah bagi tujuan pendaftaran masuk?

Pada calon yang layak, klik butang [SURAT TAWARAN] pada halaman laman web KPM yang dipaparkan. 

 

3.     Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke tingkatan enam bawah? 

Syarat wajib kelayakan yang paling utama ialah memperolehi KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang dari 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa. 

 

1) Untuk memasuki jurusan Kemanusiaan: Memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian mata pelajaran serta jumlah mata kognat tidak melebihi 8 unit (bagi Tiga mata pelajaran tersebut). Tiap-tiap satunya hendaklah dari kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

 

KUMPULAN               MATA PELAJARAN

I                                   Bahasa Melayu   

II                                  Bahasa Inggeris  

III                                 Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan   Inggeris   

IV                                Sejarah  

V                                 Geografi / Pendidikan Seni Visual  

VI                                Pendidikan Islam / Pendidikan Moral  

VII                               Matematik / Matematik Tambahan  

VIII                              Sains / Sains Tambahan / Applied Science  

IX                                Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)  

X                                 Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / endidikan Syariah Islamiah  

XI                                Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil   

XII                               Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan  

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata kognat 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan diatas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah  dengan syarat terdapat kekosongan tempat.   

2) Untuk memasuki jurusan Sains: Memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian mata pelajaran serta jumlah mata kognat tidak melebihi 18 unit (bagi Tiga mata pelajaran tersebut). Tiap-tiap satunya hendaklah dari kumpulan yang berlainan seperti berikut  

KUMPULAN               MATA PELAJARAN  

I                                   Matematik / Matematik Tambahan  

I I                                  Fizik  

III                                 Kimia  

IV                                Biologi  

V                                 Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian. 

Berapakah jumlah yuran untuk menduduki MUET dan bagaimanakah cara pembayarannya?
Yuran untuk menduduki MUET ialah RM60.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Wang Pos atau Kiriman Wang  atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
 
Bilakan pendaftaran MUET dibuka?
Pendaftaran dibuka dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari untuk Ujian Pertengahan Tahun dan pada bulan Mei untuk Ujian Akhir Tahun.
 
Di manakah calon-calon peperiksaan boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan yang telah diduduki?
Sijil atau Penyata peperiksaan UPSR, PMR dan SPM  di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) manakala Sijil atau Penyata STPM dan MUET dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) setahun selepas keputusan peperiksaan tersebut diumumkan. Calon-calon sekolah boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan masing-masing di sekolah di mana calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon persendirian boleh datang ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil peperiksaan masing-masing atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul Pos Ekpress beralamat sendiri, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan salinan slip keputusan peperikssan berkenaan.
 
Adakah pihak LPM atau MPM mengenakan bayaran kepada pimilik sijil yang lewat mengambil sijil mereka?
Hanya sijil yang dikeluarkan oleh MPM sahaja yang dikenakan bayaran. Setelah 18 bulan sijil berada di sekolah atau JPN, pihak MPM akan mengutip semula semua sijil STPM yang belum dituntut. Pihak MPM akan mengenakan bayaran RM50.00  bagi pemilik yang menuntut sijil selepas itu.
 
 Bolehkah sijil yang telah rosak atau sijil yang hilang diganti dengan sijil yang baru?
Tidak boleh. Pihak LPM atau MPM hanya akan mengeluarkan salinan kepada sijil asal.
 
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan sijil yang telah rosak/hilang?
Pemilik sijil boleh membuat permohonan mendapatkan salinan sijil dengan mengisi Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan yang boleh didapati dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran dan menghantar/poskan terus ke LPM atau MPM.
 
Adakah lain-lain keperluan dan bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan salinan sijil yang telah rosak atau hilang?

Bagi permohonan salinan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh LPM, selain daripada satu salinan borang yang telah diisi lengkap pemilik sijil hendaklah menyertakan:-

  • Surat Akuan Sumpah atau Laporan Polis yang mencatatkan maklumat  peribadi dan sijil berkenaan
  • Kiriman Wang Pos atau Postal Order atas nama “Pengarah Peperiksaan” bernilai RM10.00
  • Salinan fotostat sijil berkenaan, jika ada

   permohonan salinan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MPM, selain daripada satu salinan borang yang telah disi lengkap pemilik sijil hendaklah menyertakan:-

  • Salinan fotostat kad pengenalan yang telah disahkan
  • Kiriman Wang Pos atau Postal Order atas nama “Ketua Eksekutif MPM” bernilai RM20.00 bagi permohonan pertama, RM30.00 bagi permohonan kedua dan   RM50.00 bagi permohonan ketiga.
  • Salinan fotostat sijil berkenaan, jika ada
 
 Apakah dasar PBS di Malaysia ini mengambil model sepenuhnya dari negara maju?
 PBS dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor untuk membangunkan modal insan yang holistik. Kurikulum yang holistik perlu dilengkapi dengan sistem pentaksiran yang holistik. Dalam membangunkan PBS, LP merujuk kepada amalan negara yang telah berjaya melaksanakan PBS seperti Australia, Kanada dan New Zealand.
 
Adakah kajian rintis dibuat sebelum PBS dilaksanakan seluruh negara?
Pada tahun 2008, LP telah menjalankan kajian rintis kepada persampelan 500 buah sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan SJKT, bandar dan luar bandar, kluster, Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK Pendidikan Khas. Tujuan kajian rintis adalah untuk mendapat maklumat tentang keperluan, kesesuaian dan kebolehlaksanaan daripada segi sistem pentaksiran, personel, kemahiran guru dalam bidang pentaksiran serta prasarana fizikal dan ICT. Dapatan adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan transformasi pentaksiran, jika sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian dilaksanakan peratusan meningkat kepada 93.1%.
 
Adakah PBS sesuatu yang baharu?
Pentaksiran sekolah telah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran . Murid ditaksir melalui proses dan produk secara formatif dan sumatif. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menjalankan pemulihan, pengukuhan atau pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran Pusat telah dilaksanakan oleh guru di sekolah semasa menjalankan Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)