OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Objektif

  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

  • Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera

  • Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran

  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dalam kalangan warga pendidikan

  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dalam kalangan warga pendidikan

  • Mengembangkan potensi individu melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan

  • Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah ke arah  kecemerlangan

  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan

  • Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran

  • Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan

  • Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi

    menjamin  pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat

 

Fungsi

  • Mengurus dan membimbing pelaksanaan PdP berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

  • Mengurus, membimbing dan memastikan pengurusan bilik darjah yang bersesuaian dengan PdP Abad Ke-21

  • Mengurus, membimbing dan memastikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dilaksanakan dan profil murid disediakan serta digunakan

    dengan berkesan.

  • Merancang dan melaksanakan program khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyokong kurikulum.