Objektif dan Fungsi Sektor Psikologi & Kaunseling

MISI

  • Melaksana dan memperkasakan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan insan yang  cemerlang melalui pendidikan berterusan berteraskan prinsip perkhidmatan awam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI

  •   Sistem Pengurusan Pendidikan Yang Berkualiti Dan Cemerlang

OBJEKTIF

  • Merancang, melaksana dan menilai perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang merangkumi aspek iaitu pertumbuhan dan  perkembangan, intervensi, pemulihan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan di bawah Jabatan Pelajaran Pahang dan sekolah-sekolah di Negeri Pahang.
  • Membantu dan membimbing pegawai dan staf sokongan yang memerlukan atau yang menghadapi masalah melalui sesi  kaunseling.
  • Memantau kes guru dan kakitangan yang menghadapi masalah sakit mental, sakit berpanjangan, masalah sikap dan berprestasi  rendah.
  • Membantu dan memantau kes guru dan kakitangan sokongan yang menghadapi masalah yang akan atau telah diambil  tindakan tatatertib / disiplin termasuk yang telah dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan (POOL).