OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR JAMINAN KUALITI

MISI

  • Memberikan bimbingan dan panduan hala tuju kepada kumpulan sasaran kepimpinan sekolah melalui pendekatan "Quality Check Point" dan melaksanakan analisi keperluan sebagai pengukur kepada penerimaan dan penghasilan kepimpinan sekolah berkualiti.

VISI

  • Melahirkan pengurus dan pendidik di sekolah yang dapat memperkasakan organisasi dengan gaya kepimpinan (leadership) yang mantap dan cemerlang.

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah (Pengetua dan Guru Besar)
  2. Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  3. Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.
  4. Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain (coaching partnership).
  5. Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti.
  6. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.

 

FUNGSI 

1. Pentaksiran dan Penilaian

  • Melaksanakan mekanisme untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akdemik dan program pembangunan kemanusiaan.
  • Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program profesional keguruan (Program Perkembangan Staf)
  • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan.
  • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti kepimpinan pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.

2. Pembimbing Hala Tuju dan Penyeliaan Mental Pendidikan

  • Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran
  • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid
  • Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.

3. Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

  • Memberi bimbingan berterusan untuk membernutk sistem pengurusan sekolah secara profesional
  • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruktsional
  • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah

4.  Mengamalkan Penyelidikan

  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteaskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.

5. Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.

6. Menyelaras, pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.

7. Menyelaras semua Anugerah Kualiti dan Inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN/PPD/PPG)

8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalam bagi selurush proes kerja dalam organisasi.

9. Menyelaras maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat Kementerian yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan.