OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA 

 

Objektif

•     Memastikan dasar, perancangan dan halatuju pendidikan swasta di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya selaras dengan Dasar Pendidikan Negara

•     Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta di negeri Pahang adalah berkualiti dan bertaraf dunia serta relevan dengan keperluan negara

•     Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta di negeri mematuhi peruntukan perundangan dan syarat-syarat yang ditetapkan

•     Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan

•     Memastikan keseluruhan prasarana institusi pendidikan swasta berkualiti, dan

•     Menjadikan pendidikan sebagai satu industri

 

Fungsi 

•     Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Swasta.        

•     Perancangan, Penyelidikan dan Perkembangan Pendidikan Swasta.        

•     Penguatkuasaan dan Pemantauan Pendidikan Swasta.        

•     Pengurusan data dan maklumat Institusi Pendidikan Swasta.      

 

Tugas Utama

1. Pendaftaran dan Piawaian

•     Bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS), tenaga pengajar dan

      lembaga pengelola dilaksanakan mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 & 555) dan akta-akta lain yang berkaitan

•     Memproses permohonan penubuhan, pendaftaran dan pengendalian kursus (IPS)

•     Memproses permohonan untuk menambah/meminda syarat-syarat penubuhan dan pendaftaran IPS

•     Mengadakan lawatan dan menjalankan pemeriksaan IPS untuk menentukan piawaian dipenuhi

 

2. Pemantapan dan Penguatkuasaan

•     Menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPS bagi memastikan dasar dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan dipatuhi

•     Mengenalpasti dan menangani isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak berkenaan bagi memastikan pendidikan swasta yang

      ditawarkan adalah berkualiti

•     Mengesan kesalahan yang dilakukan oleh IPS dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan ianya selaras dengan peraturan

      dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan

•     Menjalankan penyiasatan ke arah tindakan perundangan terhadap IPS yang dikenalpasti menyalahi peruntukan perundangan pendidikan berkaitan

•     Mendakwa IPS yang dikenalpasti menyalahi perundangan pendidikan berkaitan