Objektif dan Fungsi Sektor Pendidikan Islam

MISI

  • Memberi perkhidmatan pendidikan kepada pelanggan melalui sistem penyampaian berkualiti bagi melahirkan insan yang cemerlang.

VISI

  • Menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan dalam kalangan Jabatan Pelajaran Negeri.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan penempatan dan pertukaran Guru Pendidikan Islam (GPI) serta penempatan murid ke SMKA dan SABK
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah menengah dan sekolah rendah dilaksanakan menepati kehendak pekeliling, sukatan pelajaran serta akta pelajaran.
  • Meningkatkan tahap dan kualiti profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam supaya berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran semasa
  • Meningkatkan sahsiah, keterampilan dan kewibaan guru-guru Pendidikan Islam melalui program-program dan kursus-kursus yang dianjurkan dari masa ke semasa
  • Melahirkan murid-murid yang mempunyai jiwa mantap, sahsiah yang luhur dan serta cemerlang dalam pelajaran