Objektif dan Fungsi Sektor Penilaian Peperiksaan

MISI

  • Mengurus dan mengendalikan Peperiksaan Awam seterusnya menyediakan analisis pencapaian.
  • Membantu Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia mentadbir Peperiksaan Luar Negeri dengan sistematik agar diakui oleh badan-badan serta Lembaga Peperiksaan Antarabangsa.
  • Merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pentadbiran peperiksaan dapat dilaksanakan dengan sistematik, lancar dan berkesan.
  • Mengendalikan proses penerimaan, penyimpanan dan pengedaran bahan sulit peperiksaan serta melaksanakan peraturan keselamatan Lembaga Peperiksaan.
  • Memastikan calon yang mendaftar akan mendapat soalan yang betul dan mencukupi pada hari peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

VISI

  • Mengurus dan mengendalikan Penilaian dan Peperiksaan Awam dengan cekap, selamat dan berkesan serta mematuhi segala peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan yang berkesan, cekap dan memenuhi keperluan pelanggan dalam aspek :
  • Mengurus dan mentadbir peperiksaan bagi tujuan membuat penilaian terhadap pencapaian calon mengikut sukatan pelajaran sebagaimana kehendak Sistem Pendidikan Negara.
  • Membantu Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan mentadbir peperiksaan luar negeri dengan sistematik agar nama baik Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan sentiasa terjamin dari segi pentadbiran peperiksaan dan diakui oleh badan-badan dan Lembaga Peperiksaan Antarabangsa.
  • Merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pentadbiran peperiksaan dapat dilaksanakan dengan sistematik, licik dan berkesan.