OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

 

Objektif

•   Mempertingkatkan pengurusan kewangan sekolah.

•   Menyediakan kemudahan infrastruktur persekolahan yang lebih baik dan mengekalkan persekitaran kondusif pengajaran dan pembelajaran.

•   Mempertingkatkan urusan perkhidmatan dan pentadbiran supaya lebih cekap, berkesan, adil dan berhemah serta dapat memenuhi kehendak pelanggan.

•   Mempertingkatkan pengemaskinian dan penggunaan data di peringkat sekolah.

•   Memberikan peluang latihan kepada semua guru dan kakitangan sokongan.

•   Mempertingkatkan program pembangunan staf.

 

Fungsi

•   Mengurus permohonan pegawai, staf dan guru ke luar negara.

•   Mengurus pengemaskinian, penyemakan dan pengesahan catatan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) Serta membuat pemantauan BPK dan urusan-urusan

    perkhidmatan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah menengah.

•   Mengurus latihan kemahiran Pelan Operasi Latihan (POL) Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di setiap Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

    yang berada di skor I dan II dalam Borang Matriks Kompetensi (BMK).

•   Mengurus Penempatan Pemangkuan / Hakiki dan Pertukaran Antara Negeri Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) Gred DG52 - DG29 Bagi Jawatan

    Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Bidang.

•   Mengurus Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi Lalu Hakiki, Time-Based dan Cemerlang.

•   Mengurus urusan pelarasan gaji dan pembayaran elaun-elaun dalam perkhidmatan.

•   Mendapatkan dan menyelaraskan kajian-kajian, mengumpul data dan menyediakan laporan / maklum balas mengenai isu yang berkaitan dengan

    keutuhan  dan integrity.

•   Mengurus (ABM) bajet kewangan bagi Jabatan Pendidikan Pahang.

•   Pengurusan Pemantauan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan bagi Pusat Tanggungjawab di bawah Jabatan Pendidikan Pahang.

•   Mengurus perolehan bekelan perabot dan peralatan daripada pembekal-pembekal kontrak pusat PMS /kontrak bermasa KPM, bagi bekalan

    di bawah peruntukan Pembangunan (P41).

•   Menyelaras dan memantau pelaksanaan aplikasi HRMIS.

•   Mengurus perlaksanaan Peperiksaan AM Kerajaan.

•   Mengurus Pendaftaran,Pemeriksaan,Pelupusan, kehilangan dan hapus kira Aset Alih Kerajaan.

•   Mengurus Perancangan, Pemantauan, Penyelenggaraan dan Naiktaraf Projek.