FUNGSI UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN

1.1 TATATERTIB

  • Menguruskan kes-kes tatatertib serta bertindak selaku Urus setia kepada Mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Dan Perkhidmatan Awam Sokongan 2 Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 

  • Menguruskan dan memperakukan kes-kes tatatertib untuk TINDAKAN Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Menguruskan kes-kes RAYUAN ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

  • Urus setia dan penyeliaan permohonan perisytiharan harta (bagi Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan kakitangan JPNP)

  • Bertindak sebagai Pengesah Jabatan dan menyelia permohonan Tapisan Keselamatan untuk dikemukakan ke Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)

  • Memperakukan dan menandatangani Dokumen Borang Kew. 8 bagi kes-kes tatatertib yang telah diselesaikan.

  • Menandatangani perakuan kelulusan Perisytiharan Harta di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP).

  • Urus setia permohonan untuk memiliki tanah kerajaan dan Saham

  • Urus setia permohonan untuk melakukan pekerjaan luar, termasuk permohonan untuk menjadi Ahli Majlis (Daerah, Perbandaran dsb.)

  • Urus setia permohonan bergiat aktif dalam politik.

  • Urus setia kes-kes menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah serta keterhutangan yang serius

 

1.2 KEUTUHAN

  • Urus setia kepada Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus (JITU) Jabatan Pendidikan N. Pahang

  • Urus setia kepada JK Integriti Dan Tadbir Urus KPPM (JITU KPPM) peringkat JPNP

  • Urus setia Pelan Integriti Nasional (PIN) & Pelan Integriti Organisasi (PIO)