OBJEKTIF DAN FUNGSI UNIT NAIK PANGKAT

 

OBJEKTIF 

  • Memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang layak diberi pemangkuan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang layak diberi kenaikan pangkat samada secara hakiki atau Time-Based Berasaskan Kecemerlangan mengikut tempoh dan syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Memastikan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) menyediakan Sasaran Kerja Tahunan, Laporan Penilaian Prestasi serta penilaian oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) mengikut tempoh yang ditetapkan.

  • Memastikan Panel Pembangunan Sumber Manusia di JPN, PPD dan Sekolah melaksanakan fungsinya membuat keputusan pergerakan gaji semua anggota dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Memastikan pemilihan dan penempatan Pengetua dan Guru Besar yang berkualiti dan berprestasi tinggi bagi meminpin dan memacu prestasi sekolah ke arah kecemerlangan selaras dengan Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

FUNGSI

1)      Urusan Pemangkuan  dan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Gunasama dan Anggota Kumpulan Sokongan

2)      Urusan Pengesahan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,  Pegawai Gunasama dan Anggota Kumpulan Sokongan

3)      Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Gunasama dan Anggota Kumpulan Sokongan

4)      Urusan Pemangkuan kenaikan pangkat, pengesahan dan Tagging Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar Tingkatan 6

5)      Urusan Pemangkuan dan Pengesahan Pegawai Cemerlang

6)      Urusan Pemangkuan dan Pengesahan Pegawai SIP+ dan SISC+

7)      Urusan Pentaksiran dan Temuduga Bagi Mengisi Jawatan Pengetua dan Guru Besar  mengikut Syarat-Syarat Baru Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 

8)      Pentaksiran Calon Pengetua dan Guru Besar Untuk mengikuti Kursus  NPQEL

9)      Urusan Penempatan/Pertukaran Guru Berjawatan dan Pegawai Interim

10)    Urusan Pelepasan Jawatan Guru Berjawatan.

11)    Urusetia Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan, Laporan Penilaian Prestasi Tahunan, Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JPN Pahang, Panel Pembangunan 

         Sumber Manusia PPD, Pengetua dan PPP DG54 ke atas, Guru Besar, JPN dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

12)    Urus Setia Bersama Unit Perkhidmatan bagi urusan Pegawai yang diletakkan di bawah ‘Exit Policy’ 

13)    Urusan Pencalonan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri

14)    Menjawab aduan, teguran dan memproses rayuan berkenaan dengan markah LNPT, PBPPP, Kursus NPQEL dan pelantikan Guru Berjawatan