Cetak 

FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN

 

1.0  OBJEKTIF

 

Untuk mengadakan, menambah dan meningkat kualiti kemudahan dan meningkatkan kualiti kemudahan peralatan pendidikan semua sekolah di negeri Pahang supaya semua kanak-kanak di negeri ini mendapat peluang menikmati proses persekolahan dan pendidikan yang berkualiti.

Objektif ini akan dicapai melalui strategi berikut :

• Mendirikan sekolah-sekolah baharu untuk memenuhi keperluan yang sentiasa bertambah berikutan dari pertambahan penduduk dan pengwujudan penempatan baharu

• Menambah bilangan bilik darjah di sekolah sediada untuk mencapai matlamat sekolah satu sesi, saiz sekolah yang bersesuaian, menampung dasar pendidikan terkini dan 

  pembangunan teknologi pendidikan yang semakin canggih

• Mengadakan, menambah atau meningkatkan kualiti kemudahan-kemudahan utama di sekolah seperti bekalan air, letrik, tandas, padang permainan, asrama dan lain-lain

• Menambah bilangan rumah guru/kuarters institusi pendidikan serta memastikan rumah guru/kuarters institusi pendidikan sediada sentiasa diselenggara dari semasa ke semasa bagi

   menimbulkan suasana yang menggalakkan produktiviti yang tinggi

• Membekalkan dan melengkapkan sekolah dengan perabot dan kelengkapan lain supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna serta kondusif

 

2.0  FUNGSI

Memastikan semua institusi pendidikan di bandar dan luar Bandar di bawah kawalan JPN Pahang mendapat kemudahan fizikal serta perolehan peralatan yang berkualiti dan kondusif secara seimbang.

 

2.1 Fungsi 1

Merancang/memantau dan menguruskan pelaksanaan projek pendidikan RMKe 5 Tahun

• Merancang projek-projek pendidikan untuk Rancangan Malaysia 5 tahun dan memantau pelaksanaan projek-projek pendidikan

• Merancang dan memantau pemilihan tapak-tapak projek pendidikan Rancangan Malaysia 5 tahun

• Merancang dan menguruskan perolehan tapak untuk projek pendidikan Rancangan Malaysia 5 tahun 

• Memantau kemajuan kerja pelaksanaan projek pendidikan Rancangan Malaysia 5 tahun melalui Sistem Pemantauan Projek

• Memantau kemajuan kerja pelaksanaan projek pendidikan Rancangan Malaysia 5 tahun berstatus Projek Sakit

• Membuat lawatan tapak dan menghadiri mesyuarat tapak bagi projek pendidikan yang sedang dalam proses pembinaan 

• Membentang pelaporan projek sakit dalam mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Mesyuarat Tindakan Negeri Pahang dan Mesyuarat Pembangunan JPN Pahang

• Menghadiri mesyuarat “defect” serta memantau pelaksanaan kerja membaiki kecacatan bangunan projek pendidikan Rancangan Malaysia 5 tahun

• Menguruskan pembukaan sekolah baharu

 

2.2 Fungsi 2

Merancang dan menguruskan pembangunan fizikal serta peralatan projek pengkomputeran 

• Merancang dan mengurus pembangunan fizikal serta membantu perancangan bekalan peralatan projek fizikal

• Merancang dan menguruskan penggantian peralatan pengkomputeran

 

2.3 Fungsi 3

Merancang, melaksanakan dan memantau pengurusan hartanah

• Mengemaskini rekod tanah untuk kegunaan pendidikan

• Pemantauan status penggunaan tapak untuk kegunaan pendidikan

• Menguruskan perolehan tapak untuk kegunaan projek pendidikan

• Menguruskan penyewaan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia

 

2.4 Fungsi 4

Merancang dan menguruskan penyelenggaraan kemudahan fizikal

• Pra Sekolah

• Pendidikan Rendah

• Pendidikan Menengah

• Asrama

• Rumah Guru/KIP

• Sokongan Pendidikan

 

2.5 Fungsi 5

Membantu merancang dan menguruskan bekalan harta modal

• Pra Sekolah

• Pendidikan Rendah

• Pendidikan Menengah

• Asrama

• Rumah Guru/KIP

• Sokongan Pendidikan

 

2.6 Fungsi 6

Merancang dan menguruskan penyelenggaraan sekolah bantuan kerajaan

• Mengenalpasti sekolah-sekolah bantuan kerajaan berstatus tidak selamat

• Menyediakan anggaran peruntukan untuk penyelenggaraan

• Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Modal KPM

 

2.7 Fungsi 7

Merancang dan memantau projek perluasan pendidikan

• Program perluasan pra sekolah, pendidikan khas, MPV dan jQaf

• Program khas Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

 

2.8 Fungsi 8

Mengawal selia dan menguruskan pembinaan persendirian dalam kawasan sekolah 

• Pembinaan sebarang bangunan tambahan di dalam kawasan sekolah yang menggunakan dana persendirian, derma, ICU dan sumbangan

• Pembentangan kertas kerja permohonan pembinaan kepada BPPDP

 

2.9 Fungsi 9

Merancang penyediaan anggaran belanja mengurus penyelenggaraan dan bekalan perabot

• Menyediakan permohonan ABM bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan perabot berdasarkan permohonan dari sekolah dan PPD

• Menyediakan data-data yang diperlukan oleh KPM secara “adhoc”

 

2.10 Fungsi 10

Urusetia di peringkat JPN Pahang bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri, Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri, Mesyuarat Pemantauan Projek Dan Mesyuarat Lain Berkaitan Pembangunan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Pejabat Pembangunan Negeri

• Menyediakan maklumbalas dan segala dokumen yang diperlukan