Cetak 

OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

 

VISI

•     Sektor yang terbilang dalam Pengurusan Perkhidmatan dan Pencapaian Aktiviti menjelang setiap Tahun

MISI

•     Melahirkan Modal Insan Gemilang yang boleh menghadapi perubahan di zaman Globalisasi melalui pelbagai program,  Skim serta Aktiviti Sokongan

 

OBJEKTIF

•     Membangunkan modal insan yang berkualiti.

•     Membantu meningkatkan kualiti pendidikan murid melalui pelbagai program dan skim bantuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

•     Memastikan program sukan dan permainan sebagai alat yang dapat mengembangkan potensi diri dan bakat serta melahirkan murid yang sihat cergas.

•     Memastikan aktiviti kokurikulum, seni dan budaya serta latihan di pusat kokurikulum dapat mengembangkan potensi dan kepemimpinan murid.

•     Memupuk semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan murid.

•     Memastikan ke arah sekolah bebas dadah.

•     Peningkatan berterusan sistem pengurusan, perkhidmatan dan penyampaian yang cekap serta berkesan kepada semua pelanggan.

•     Menyelaras, memantau dan membantu pelaksanaan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia di negeri, daerah dan sekolah secara berkesan.