Objektif dan Fungsi Sektor Pembangunan Kemanusiaan

VISI

  • Sektor yang terbilang dalam Pengurusan Perkhidmatan dan Pencapaian Aktiviti menjelang setiap Tahun

MISI

  • Melahirkan Modal Insan Gemilang yang boleh menghadapi perubahan di zaman Globalisasi melalui pelbagai program,  Skim serta Aktiviti Sokongan

OBJEKTIF

  • Membangunkan modal insan yang berkualiti.
  • Membantu meningkatkan kualiti pendidikan murid melalui pelbagai program dan skim bantuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memastikan program sukan dan permainan sebagai alat yang dapat mengembangkan potensi diri dan bakat serta melahirkan murid yang sihat cergas.
  • Memastikan aktiviti kokurikulum, seni dan budaya serta latihan di pusat kokurikulum dapat mengembangkan potensi dan kepemimpinan murid.
  • Memupuk semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan murid.
  • Memastikan ke arah sekolah bebas dadah.
  • Peningkatan berterusan sistem pengurusan, perkhidmatan dan penyampaian yang cekap serta berkesan kepada semua pelanggan.
  • Menyelaras, memantau dan membantu pelaksanaan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia di negeri, daerah dan sekolah secara berkesan.