Semua Guru Besar Sekolah rendah negeri Pahang dan Pengetua SISP.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pembelajaran, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sedang menjalankan satu soal selidik tentang pelaksanaan penyerapan ilmu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam kalangan pentadbir dan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah bagi tahun 2019.

 

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk melaksanakan soal selidik tersebut di sekolah rendah dengan menggunakan google form melalui pautan di bawah ini:

              https://tinyurl.com/y69tcssp (untuk guru)

              https://tinyurl.com/y2ymh4de (untuk Pentadbir)

Soal selidik ini bermula 14 Jun 2019 hingga 21 Jun 2019.

 

3. Sebarang pertanyaan tentang perkara di atas, sila hubungi Encik Shamdzul bin Ahmad (Sektor Pengurusan Akademik) di talian 09-5715781.

 

Sekian, terima kasih.

 

OBJEKTIF SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

Mempastikan pengurusan pentadbiran Pra-Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah beroperasi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara,

Akta Pelajaran 1996, Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

FUNGSI SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

•    Menguruskan Pertukaran dan Penempatan Guru Terlatih.
•    Menguruskan Pelantikan Guru Siswazah Terlatih (GST), Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti.
•    Menguruskan pertukaran dan Penempatan Murid Antara Negeri, antara daerah, Rayuan Bersekolah Semula, SMT/V, MRSM ke SM Harian, SMKA/SABK 

     dan SBP ke SM Harian dan Sekolah Swasta ke SM Harian serta Murid Cicir.

•    Pemantauan Pengurusan Sekolah.
•    Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan dan Kewangan.
•    Menguruskan pelantikan dan kenaikan pangkat guru.
•    Menguruskan Kursus Peningkatan Profesionalisme Matapelajaran.
•    Menguruskan Pembukaan Institusi baru bagi Sekolah.
•    Menguruskan Sekolah SBT/ SKK/ Elit/ Premier.
•    Menguruskan Guru dan murid Tingkatan Enam SM Harian.
•    Menguruskan Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional Di SM Harian, KV,ILKA, ILKS dan Giat Mara.
•    Menguruskan data Modul Pengurusan Guru (e-OPERASI).
•    Menyelaras Maklumbalas Mesyuarat Pengurusan KPPM.
•    Menguruskan kes-kes aduan dan laporan-laporan yang diterima.
•    Menguruskan Hal Ehwal SBT,Sekolah Orang Asli dan Kluster Kecemerlangan.
•    Menguruskan Hal Ehwal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil.
•    Menguruskan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah.
•    Menyelaras soalan dan jawapan Dewan Undangan Negeri / Parlimen.
•    Mengurus dan menyelaras protokol lawatan  pegawai kanan KPM.
•    Penghubung JPN pahang dengan KPM, Istana dan institusi berkaitan.
•    Menyediakan tatacara aturan pengucapan awam (salutasi).
•    Membantu pengurusan majlis peringkat sekolah, PPD dan Jabatan  bagi penglibatan perasmi daripada Istana, KPM, Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri.
•    Memastikan akta / peraturan / pekeliling kerajaan, perkhidmatan awam dan KPM dipatuhi oleh Sekolah.
•    Memproses pendaftaran dan pemantauan pengurusan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS).
•    Memproses kebenaran mengutip sumbangan PIBG, bayaran asrama, majalah sekolah dan mengutip derma. Sekolah spt. Jogathon, Hari Kantin.
•    Memproses pendaftaran murid Bukan Warganegara (MBWN) bersekolah.
•    Menyemak dan mengurus Kebenaran Pelancongan Murid Sekolah.
•    Menyemak dan meluluskan permohonan cuti sekolah.
•    Menyemak dan meluluskan kebenaran menggunakan premis sekolah.
•    Menyemak dan meluluskan permohonan promosi di sekolah.
•    Menyelaras dan membantu Urus setia Jawatankuasa Bencana Alam.
•    Menyemak dan mengurus Pencalonan Pingat/ Bintang Persekutuan dan Negeri bagi pegawai dan kakitangan.
•    Menyemak kata alu-aluan majalah sekolah.
•    Memproses kebenaran membuat kajian / penyelidikan di sekolah.
•    Urus setia Aduan/ Pengurusan aduan : Merancang dan melaksana pengurusan aduan jabatan
•    Mengurus pendaftaran / pertukaran nama sekolah.
•    Mengurus pendaftaran lencana, bendera, logo sekolah dan pakaian seragam sekolah.
•    Menyelaras emel rasmi jabatan.
•    Mengurus dan meyelaras pameran peringkat jabatan
•    Mengurus dan menyelaras pemantauan dan dapatan pengurusan pendidikan prasekolah dengan JPN.
•    Menyedia, mengurus dan mengemaskini data dan maklumat Pendidikan prasekolah dari JPN, KPM dan agensi kerajaan.
•    Mengurus dan menyelaras perolehan dan sumbangan bekalan ICT prasekolah.
•    Mengadakan perjumpaan dan  perbincangan dengan pihak luar seperti KEMAS dan Perpaduan berkaitan aktiviti pendidikan prasekolah.

OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

MISI

  • Melaksana dan memperkasakan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan insan yang  cemerlang

       melalui pendidikan berterusan berteraskan prinsip perkhidmatan awam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

VISI

  • Sistem Pengurusan Pendidikan Yang Berkualiti Dan Cemerlang

 

OBJEKTIF

  • Merancang, melaksana dan menilai perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang merangkumi aspek iaitu pertumbuhan dan  perkembangan, intervensi,

       pemulihan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan di bawah Jabatan Pelajaran Pahang dan sekolah-sekolah di Negeri Pahang.

  • Membantu dan membimbing pegawai dan staf sokongan yang memerlukan atau yang menghadapi masalah melalui sesi  kaunseling.

  • Memantau kes guru dan kakitangan yang menghadapi masalah sakit mental, sakit berpanjangan, masalah sikap dan berprestasi  rendah.

  • Membantu dan memantau kes guru dan kakitangan sokongan yang menghadapi masalah yang akan atau telah diambil  tindakan tatatertib / disiplin

       termasuk yang telah dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan (POOL).

OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan perolehan perkakasan dan perisian ICT

  • Meningkatkan kemahiran penggunaan sistem aplikasi kememterian dan jabatan

  • Meningkatkan kemantapan, ketepatan dan kesahihan data

  • Kebolehsediaan penggunaan perlatan ICT

  • Memudahkan dan mempercepatkan penyampaian dan penyebaran maklumat

  • Menjimatkan kos dan masa pengurusan perkhidmatan

 

FUNGSI

  • Pengurusan maklumat asas pendidikan ( EMIS, SMS, PORTAL )

  • Menganalisis data dan menjana maklumat asas pendidikan

  • Menyediakan aplikasi sokongan berasaskan maklumat asas pendidikan ( EMIS, SMS, PORTAL )

  • Pengurusan latihan sumber manusia berasaskan ICT di jabatan, PPD dan sekolah

  • Permohonan, penyelenggaran dan pelupusan semua peralatan ICT di jabatan, PPD dan sekolah

  • Menyelenggara sistem rangkaian komputer bagi kemudahan internet, e-mail dan aplikasi ‘online’di jabatan, PPD dan sekolah

  • Pengurusan laman web rasmi jabatan dan sistem aplikasi  berasaskan ’web-based’, ‘stand-alone’dan ’client-server‘

  • Menyediakan khidmat sokongan teknikal ICT kepada jabatan, PPD dan sekolah