Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan dan Penempatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26 di sekolah sekolah Negeri Pahang telah berlangsung pada 04 Mac 2019 di One Stop Centre, Jabatan Pendidikan Pahang. Dalam majlis ini seramai 6 orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 telah menerima surat tersebut yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Hj Abu, Ketua Unit Naik Pangkat mewakili Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Puan Noliza binti Mohamed Ali.

Pembantu Tadbir (P/O ) Gred N22 yang menerima surat pemangkuan dan penempatan tersebut adalah seperti berikut:

1) Puan Rozana binti Ma’arop, Pembantu Tadbir (P/O) N22 SMK Padang Tengku, Kuala Lipis yang  ditempatkan memangku Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N26 di KoleJ Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah, Pahang berkuat kuasa mulai 25 Februari 2019.

2) Puan Mariani bt Mohamad, Pembantu Tadbir (P/O) N22 SMK Seri Damai yang  ditempatkan memangku Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N26 di SMKA Pahang, Muadzam Shah berkuat kuasa mulai  25 Februari 2019.

3) Puan Yaszlina binti Mohamad Yassin, Pembantu Tadbir (P/O) N22 SMK Dong, Raub yang ditempatkan memangku Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N26 di SMK Triang berkuat kuasa mulai 25 Februari 2019.

4) Encik Mohd Zulkefli bin Awang Chik, Pembantu Tadbir (P/O) N22 SK Kempadang, Kuantan yang ditempatkan memangku Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N26 di SMK  Abdul Rahman Talib, Kuantan  berkuat kuasa mulai  25 Februari 2019.

5) Encik Abdul Khilid bin Mat Sood, Pembantu Tadbir (P/O) N22 SMK Kuala Krau, Temerloh yang ditempatkan memangku Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N26 di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin berkuat kuasa mulai 25 Februari 2019.

6) Encik Mohd Zonain bin Dollah, Pembantu Tadbir (P/O) N22 SMK Pekan, yang ditempatkan memangku Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N26 di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang berkuat kuasa mulai  25 Februari 2019.