Majlis Penyerahan Surat Pelantikan dan Penempatan Pengetua Sekolah Negeri Pahang telah berlangsung pada 21 Februari 2019 di Bilik Pengarah, Jabatan Pendidikan Pahang.

Dalam majlis ini seramai 2 orang Guru Penolong Kanan telah menerima surat tersebut yang disampaikan oleh YBrs Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Pendidikan Pahang.

Pegawai –pegawai yang menerima surat pelantikan dan penempatan adalah seperti berikut:

1) Encik Azman bin Yaacob, Penolong Kanan  Pentadbiran, SMK Bentong yang dilantik sebagai Pengetua SMK Seri Raub, berkuat kuasa mulai 18 Februari 2019.

2) Encik Sharil Aznan bin Mansor, Penolong Kanan  Hal Ehwal Murid, SMK (LKTP) Jengka 6, Maran yang dilantik sebagai Pengetua SMK Jengka Pusat, Maran

    berkuat kuasa mulai 01 April 2019.