Majlis Penyerahan Surat Pelantikan dan Penempatan Pengetua Sekolah Negeri Pahang telah berlangsung pada 13 Februari 2019 di Bilik Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang. Dalam majlis ini seramai 2 orang Guru Penolong Kanan telah menerima surat tersebut yang disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar,  Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang.

Pegawai –pegawai yang menerima surat pelantikan dan penempatan adalah seperti berikut:

1) Puan Nik Zaitun binti Abdullah, Penolong Kanan  SMK Seri Pekan, Pekan yang dilantik sebagai Pengetua SMK Peramu Jaya, Pekan berkuat kuasa mulai 22 Januari 2019.

2) Puan Faridah binti Jamaludin, Penolong Kanan  SMK Peramu Jaya, Pekan yang dilantik sebagai Pengetua SMK Ubai, Pekan berkuat kuasa mulai 22 Januari 2019.