Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Dan Penempatan Pengetua Sekolah Negeri Pahang telah berlangsung pada 4 Januari 2019 di Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Dalam majlis ini, seramai 5 orang Guru Penolong Kanan telah menerima surat tersebut yang disampaikan oleh YBrs Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Pendidikan Pahang.

Pegawai-pegawai yang menerima surat pelantikan dan penempatan adalah seperti berikut :

1) Encik Ab Muhaimin bin Ab Hamid, Penolong Kanan SMK Seri Damai yang dilantik sebagai Pengetua SMK Keratong, Rompin berkuatkuasa mulai 24 Disember 2018

2) Tuan Rahim bin Tuan Ismail, Penolong Kanan SMK Chini Timur, Pekan yang dilantik sebagai Pengetua SMK Selancar, Rompin berkuatkuasa mulai 24 Disember 2018

3) Puan Noraini binti Muhamad, Penolong Kanan SMK (FELDA) Lurat Bilut, Bentong yang dilantik sebagai Pengetua SMK Kuala Repas berkuatkuasa mulai 24 Disember 2018

4) Puan Norhana Aini binti Mohamed Amin, Penolong Kanan SMK Datuk Bahaman, Temerloh yang dilantik sebagai Pengetua SMK Mengkarak, Bera berkuatkuasa

    mulai 31 Disember 2018

5) Puan Shabariah binti Mohamed Zakwan, Penolong Kanak SMK Tengku Afzan, Kuantan yang dilantik sebagai Pengetua SMK Tengku Afzan, Kuantan berkuatkuasa

    mulai 14 Januari 2019