Majlis Penyerahan Surat Pelantikan dan Penempatan Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah berlangsung pada 14 Disember 2018 di Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Dalam majlis ini seramai 5 orang pegawai telah menerima surat tersebut yang disampaikan oleh YBrs Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Pendidikan Pahang.

Pegawai-pegawai yang menerima surat pelantikan dan penempatan adalah seperti berikut :

1) Tuan Haji Halim bin Salleh, Pengetua SMK Seri Raub yang dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands berkuatkuasa mulai 17 Disember 2018.

2) Tuan Haji Mohammad Rosli bin Abdul Rahman, Pengetua SMK Beserah, Kuantan yang dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Rompin berkuatkuasa mulai 2 Januari 2019.

3) Dr. Azman bin Uzir, Pengetua SMK PAdang Saujana, Jerantut yang dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut yang berkuat kuasa mulai 17 Disember 2018.

4) Tuan Haji Ishak bin Othman, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berkuatkuasa mulai 17 Disember 2018.

5) Tuan Haji Yaakub bin Md Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berkuatkuasa mulai 7 Januari 2019.