SEJARAH JABATAN

 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) adalah jabatan yang menguruskan perkara yang berkaitan pendidikan di seluruh Negeri Pahang. JPNP kini terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan telah wujud sejak tahun 1913. Sebelum ini, JPNP terletak di bangunan Wisma Sri Pahang, Kuantan dan kemudiannya dipindahkan ke Alor Akar pada tahun 1983 sehingga awal tahun 2006. Pada bulan Mac 2006, JPNP telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Bilangan kakitangan di jabatan kini melebihi 300 orang yang terdiri dari guru dan bukan guru. Pengarah Pelajaran Negeri Pahang yang pertama ialah dipimpin oleh C.G Sollis.

  Terdapat sepuluh (10) sektor yang berkuatkuasa September 2008 seperti berikut:

   Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

  • Sektor Pengurusan Akademik
  • Sektor Pengurusan Sekolah
  • Sektor Pendidikan Islam Dan Moral
  • Sektor Pembangunan Kemanusiaan
  • Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
  • Sektor Pendidikan Swasta Dan Khas
  • Sektor Jaminan Kualiti
  • Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT
  • Sektor Psikologi Dan Kaunseling

 Senarai Pejabat Pelajaran Daerah:

KOD

NAMA PEJABAT PELAJARAN DAERAH

 

C010

Pejabat Pelajaran Daerah Bentong

 

C020

Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands

 

C030

Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut

 

C040

Pejabat Pelajaran Daerah Lipis

 

C050

Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan

 

C060

Pejabat Pelajaran Daerah Pekan

 

C070

Pejabat Pelajaran Daerah Raub

 

C080

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh

 

C090

Pejabat Pelajaran Daerah Maran

 

C100

Pejabat Pelajaran Daerah Rompin

 

C200

Pejabat Pelajaran Daerah Bera