Cetak 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan:

# Kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.

# Semua murid disediakan dengan kemudahan 1 kerusi, 1 meja dan set buku teks pada hari pertama sesi persekolahan.
    
#Proses penempatan murid Tahun 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1, dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran.

#Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

#Urusan Rayuan Bersekolah Semula murid akan diuruskan untuk kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

#Urusan Pendaftaran Murid Bukan Warganegara dapat diselesaikan dalam tempoh (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

# Pendaftaran calon peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan diuruskan dalam tempoh 30 hari.
    
# Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
# Proses pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan.

# Proses penempatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

#Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

#Pembayaran bil dan tuntutan yang diterima dengan lengkap dan sempurna dalam tempoh 14 hari.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.


                                                                 “KUALITI TERAS KECEMERLANGAN”

Tarikh Kemaskini : 20 April 2018