Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Teks Ucapan

 

Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh.

Saya melafazkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t atas kejayaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang melalui Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT menaiktaraf portal rasmi JPN Pahang. Dalam merintis era teknologi ICT kini, keupayaan menguasai maklumat amat penting sebagai kunci kepada kejayaan terhadap setiap cabaran yang mendatang. Seiring dengan usaha Kerajaan untuk menjana perkembangan ICT dan MULTIMEDIA sebagai satu budaya baharu sistem penyampaian berkesan, maka langkah membangunkan portal ini cukup membanggakan seluruh warga pendidikan.

Sesungguhnya usaha yang kerdil ini diharap mampu merapatkan hubungan antara pihak Jabatan Pendidikan Pahang dengan warga pendidikan dan masyarakat umumnya serta menjadi wadah interaksi kerana segala-galanya berada dihujung jari. Usaha Jabatan Pendidikan Pahang ini diharap akan ditauladani oleh semua sekolah di negeri ini. Dengan adanya portal rasmi ini, akses kepada  maklumat, sejarah, data-data pendidikan, pekeliling, aktiviti, berita semasa dapat diketahui dengan cepat dan tepat. Kewujudan portal secara intreraktif ini akan memudahkan proses komunikasi antara semua pihak.

Akhirkata saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada seluruh pihak yang terlibat di dalam menjayakan pembinaan Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Pahang ini.

 

Sekian, wassalam.

Dato' Rosdi bin Ismail

Pengarah Pendidikan Pahang