Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

OBJEKTIF

  •  Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
  • Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran
  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dalam kalangan warga pendidikan
  • Mengembangkan potensi individu melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan
  • Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah ke arah  kecemerlangan
  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan
  • Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan
  • Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi menjamin  pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat

FUNGSI

  • Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti P & P di sekolah.
  • Membimbing dan memberi pandua kepada guru berkaitan urusan P&P dalam pelaksanaan Pendidikan Abad 21.
  • Urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan pelaksanaan DTP di peringkat negeri.
  • Menggerakkan program bersepadu Guru Cemerlang dan SISC+ bagi meningkatkan kecemerlangan akademik negeri.
  • Merancang dan melaksana projek-projek/program-program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah.
  • Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
  • Menyelaras dan memastikan pelaksanaan program-program dasar KPM.