Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

PENDIDIKAN SWASTA

           OBJEKTIF

  • Memastikan dasar, perancangan dan halatuju pendidikan swasta di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya selaras dengan Dasar Pendidikan Negara
  • Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta di negeri Pahang adalah berkualiti dan bertaraf dunia serta relevan dengan keperluan negara
  • Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta di negeri mematuhi peruntukan perundangan dan syarat-syarat yang ditetapkan
  • Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan
  • Memastikan keseluruhan prasarana institusi pendidikan swasta berkualiti, dan
  • Menjadikan pendidikan sebagai satu industri
     
    FUNGSI
    • Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Swasta.
    • Perancangan, Penyelidikan dan Perkembangan Pendidikan Swasta.
    • Penguatkuasaan dan Pemantauan Pendidikan Swasta.
    • Pengurusan data dan maklumat Institusi Pendidikan Swasta.

    TUGAS UTAMA

    1. Pendaftaran dan Piawaian

    • Bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS), tenaga pengajar dan lembaga pengelola dilaksanakan mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 & 555) dan akta-akta lain yang berkaitan
    • Memproses permohonan penubuhan, pendaftaran dan pengendalian kursus (IPS)
    • Memproses permohonan untuk menambah/meminda syarat-syarat penubuhan dan pendaftaran IPS
    • Mengadakan lawatan dan menjalankan pemeriksaan IPS untuk menentukan piawaian dipenuhi

    2. Pemantapan dan Penguatkuasaan

    • Menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPS bagi memastikan dasar dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan dipatuhi
    • Mengenalpasti dan menangani isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak berkenaan bagi memastikan pendidikan swasta yang ditawarkan adalah berkualiti
    • Mengesan kesalahan yang dilakukan oleh IPS dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan ianya selaras dengan peraturan dan peruntukan perundangan pendidikan berkaitan
    • Menjalankan penyiasatan ke arah tindakan perundangan terhadap IPS yang dikenalpasti menyalahi peruntukan perundangan pendidikan berkaitan
    • Mendakwa IPS yang dikenalpasti menyalahi perundangan pendidikan berkaitan

PENDIDIKAN KHAS

 Objektif

  • Mempertingkatkan keberkesanan program-program pendidikan khas melalui penyeliaan dan pencerapan di sekolah-sekolah berkaitan.
  • Mempertingkatkan profesionalisma keguruan Guru-Guru Pendidikan Khas.
  • Menggalakkan penggunaan perkakasan dan sumber pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum di kalangan murid atau pelajar pendidikan khas Melaksanakan program-program kursus khas berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberikan kesedaran kepada kalangan pendidik, ibubapa dan masyarakat amnya,bahawa pendidikan bagi golongan murid atau pelajar berkeperluan khas adalah tanggungjawab bersama.
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.