Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

MISI

    • Mengurus dan mengendalikan Peperiksaan Awam seterusnya menyediakan analisis pencapaian.
    • Membantu Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia mentadbir Peperiksaan Luar Negeri dengan sistematik agar diakui oleh badan-badan serta Lembaga Peperiksaan Antarabangsa.
    • Merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pentadbiran peperiksaan dapat dilaksanakan dengan sistematik, lancar dan berkesan.
    • Mengendalikan proses penerimaan, penyimpanan dan pengedaran bahan sulit peperiksaan serta melaksanakan peraturan keselamatan Lembaga Peperiksaan.
    • Memastikan calon yang mendaftar akan mendapat soalan yang betul dan mencukupi pada hari peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

VISI

Mengurus dan mengendalikan Penilaian dan Peperiksaan Awam dengan cekap, selamat dan berkesan serta mematuhi segala peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan yang berkesan, cekap dan memenuhi keperluan pelanggan dalam aspek :
  • Mengurus dan mentadbir peperiksaan bagi tujuan membuat penilaian terhadap pencapaian calon mengikut sukatan pelajaran sebagaimana kehendak Sistem Pendidikan Negara.
  • Membantu Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan mentadbir peperiksaan luar negeri dengan sistematik agar nama baik Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan sentiasa terjamin dari segi pentadbiran peperiksaan dan diakui oleh badan-badan dan Lembaga Peperiksaan Antarabangsa.
  • Merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pentadbiran peperiksaan dapat dilaksanakan dengan sistematik, licik dan berkesan.