Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Pengumuman

MAKLUMAT PENYANDANG SKIM-SKIM PERKHIDMATAN DI BAHAGIAN / JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

Makluman kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah / Pengetua Sekolah Menengah / Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Pahang

Sila muat turun surat siaran serta lampiran berkaitan maklumat penyandang bagi skim-skim yang terlibat seperti di bawah :

Maklumat perlu dihantar selewat-lewatnya 21 April 2014 (Isnin)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PPP YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PPPLD DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  (KPM) CALON CICIR YANG BERKELAYAKAN TAHUN 2013

Surat Siaran dan Lampiran Dokumen Sokongan boleh dimuat turun seperti di bawah :

Tarikh tutup permohonan : 18 April 2014 (Jumaat)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JULAI - DISEMBER TAHUN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan penyiaran kedua urusan pemangkuan Pengetua dan Guru Besar bagi pengisian bulan Julai sehingga Disember 2014 yang telah dibuka pada 02 April 2014 (Rabu) sehingga 22 April 2014 (Selasa).

Maklumat lanjut boleh dimuat turun di sini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab di Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Pahang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 25 TAHUN 2013

PINDAAN KEPADA LAMPIRAN SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 24 TAHUN 2013 : PENGGAL PERSEKOLAHAN, CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI TAHUN 2014 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Makluman kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Pahang.

 

Sila muat turun surat siaran di sini bagi tujuan kenaikan pangkat ke Gred DG42. Senarai PPP yang telah memenuhi syarat kenaikan pangkat hendaklah dikemukakan kepada Unit Naik Pangkat, JPN Pahang selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 April 2014 (Khamis).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KPM SEHINGGA 31 MAC 2014

01 April 2014

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan senarai peminjam tegar KPM sehingga 31 Mac 2014 seperti di lampiran berikut :-

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor. Talian Hotline : 03-83217124 atau Faks : 03-83217102, Emel : penguatkuasaan@moe.gov.my

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KPM CALON CICIR YANG BERKELAYAKAN TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) calon cicir yang berkelayakan tahun 2013.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila klik di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kuantan Dan Daerah Pekan

SILA MUATTURUN  SURAT JEMPUTAN KE PAMERAN 'ALL FOUR ONE EXHIBITION 2014' ANJURAN KOLEJ IKIP

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

PROMOSI PROGRAM PERMATA

 PENCARAIAN BAKAT MURID PINTAR DAN BERBAKAT:

 SARINGAN PERTAMA UJIAN DALAM TALIAN UKM1 BERMULA 1 FEBRUARI HINGGA 31 MEI 2014

Pencarian Bakat Murid Pintar Cerdas bagi murid berumur 8 hingga 15 tahun memalui ujian saringan UKM1 telah bermula pada 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2014.  Program PERMATA Pintar mempunyai 3 program utama iaitu:

 

 a)     Pencarian dan Pengurusan  Bakat

 

  • Murid beragama Islam berusia 8 tahun untuk program PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia
  • Murid berusia 9-15 tahun untuk program PERMATA Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia.

 b)    Program PERMATA Pintar

  • Murid berusia 11-12 tahun untuk Program PERMATA Pintar peringkat Asas 1.
  • Murid berusia 14-15 tahun untuk Program Pendidikan PERMATA Pintar peringkat Tahap 1
  • Murid berusia 16-17 tahun untuk Program Pendidikan PERMATA Pintar

  c)     Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

Ujian UKM1 boleh diakses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my manakala maklumat lanjut tentang program PERMATA Pintar boleh diperolehi melalui web http://www.ukm.my/permatapintar.  Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan lain-lain tempat yang boleh mencapai rangkaian internet.  Murid boleh berhenti  pada bila-bila masa dan menymbung semula ujian tersebut sehingga tamat.  Walaubagaimanapun, murid digalakkan mengambil ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit (tidak termasuk pendaftaran murid).

 

Murid yang layak akan dimaklumkan keputusannya untuk menduduki ujian saringan kedua UKM2 di pusat-pusat ujian terkawal dalam bulan Julai-September 2014.  Keputusan dijangka akan diketahui pada bulan Julai 2014.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAN PERPINDAHAN BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat di Tingkat 6, Blok B, Wisma Sri Pahang telah berpindah ke bangunan Blok C Wisma Sri Pahang mulai 03.03.2014.

 

Sehubungan dengan itu, segala surat menyurat hendaklah dialamatkan ke:

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Teknologi Maklumat,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 1, Blok C, Wisma Sri Pahang,
Jalan Masjid, 25000 Kuantan.

No. Tel (Pentadbiran) : 09-5129425
No. Tel Pembantu Setiausaha Pejabat
: 09-5126620
No. Fax : 09-5163490

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PPPLD DI KPM TAHUN 2014

Sila klik di sini untuk muat turun maklumat lanjut.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KPM TAHUN 2014


Klik di sini untuk muat turun maklumat lanjut.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA / UPU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang ingin mengikuti Program Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) di bawah Program Saluran Kedua / UPU Ambilan Tahun 2014 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Sehubungan itu, PPPLD yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sila layari laman sesawang KPM www.moe.gov.my atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikuti Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Ambilan Tahun 2014 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),  Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Sila layari laman sesawang KPM www.moe.gov.my atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

SYARAT-SYARAT BELAJAR SEMULA (MENGULANG) DI TINGKATAN LIMA (5) BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa semua pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan sama ada yang telah atau pun tidak menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013, boleh memohon untuk belajar semula atau mengulang Tingkatan Lima (5) di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sesi persekolahan tahun 2014.

 

Syarat-syarat untuk belajar semula (mengulang) Tingkatan Lima (5) di sekolah bantuan penuh kerajaan boleh dimuat turun di sini.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

PERATURAN PERMOHONAN KELULUSAN KELUAR NEGARA DAN PERMOHONAN CUTI OLEH JABATAN

Sukacita dimaklumkan, JPN Pahang hanya akan memproses permohonan kelulusan keluar negara dan permohonan kelulusan cuti yang lengkap serta disokong oleh Guru Besar / Pengetua / Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). Permohonan yang lewat tidak akan diluluskan dan akan dikembalikan semula. Sehubungan itu, semua PPD / Pengetua / Guru Besar dipohon memaklumkan makluman ini kepada semua kakitangan di bawah kawalan masing-masing.

 

Sila klik di sini untuk muat turun peraturan bagi permohonan kelulusan ke luar negara.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bagi tujuan urusan pentadbiran dan juga surat menyurat Bahagian/JPN/PPD hendaklah menggunapakai logo KPM yang baharu dan penggunaannya berkuatkuasa serta merta.

 

Sila klik di sini untuk muat turun Logo Baharu Kementerian Pelajaran Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG BARU

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru seperti berikut:

 

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO DAN LAGU RASMI SEMPENA VISIT MALAYSIA YEAR 2014 (VMY2014)

Klik di sini untuk muat turun logo dan lagu rasmi VMY2014.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PERLAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN

Sukacita dimaklumkan Garis Panduan Pelaksanaan BISP, Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikeluarkan pada 01 November 2013. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bilangan Pelawat

095325
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah Keseluruhan
11
3214
14844
95325

IP Anda: 54.204.64.152

Pautan