Laman web ini masih dalam proses penambahbaikan dan pengemaskinian maklumat.

Sejarah PPD Temerloh

SEJARAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH

Pentadbiran Pelajaran Daerah Temerloh bermula sekitar awal tahun 60an lagi yang dikenali dengan Pejabat Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan. Ketika itu, jawatan pegawai pelajaran daerah selaku Ketua Pentadbir Daerah disebut Pegawai Pengelola Sekolah dan dibantu oleh beberapa pegawai yang dipanggil penolong pengelola.

Pada 1 Jun 1982, berlaku penstrukturan semula pejabat pelajaran daerah dengan mewujudkan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diseluruh negara.

SEJARAH PENUBUHAN PPD TEMERLOH

Pada 1 Jun 1982, PPD Temerloh diwujudkan dan memulakan operasi di subuah bangunan JKR di hadapan Istana Seri Udara Temerloh. Pada awal penubuhannya, PPD Temerloh mempunyai 8 orang pegawai dan 9 orang staf sokongan. Pentadbiran merangkumi sekolah-sekolah daerah Temerloh, Maran dan Bera.

Pada tahun 1988, PPD Temerloh telah dipindahkan ke bangunan lama asrama SM Abu Bakar yang diubahsuai di KM 2 Jalan Mentakab. Pentadbiran sekolah-sekolah daerah Maran telah dipisahkan pada tahun 1990 dan diikuti daerah Bera pada tahun 1994.

Pada tahun 2001, sekali lagi PPD Temerloh dipindahkan ke bangunan baru di tapak rumah guru SM Abu Bakar. Bangunan lama dijadikan dewan dan bilik mesyuarat.

Kini PPD Temerloh mempunyai 52 pegawai dan 21 AKP. Bilangan sekolah dalam pentadbiran PPD Temerloh berjumlah 90 buah. SM Harian (17 buah), SBP (1 buah), SMA SABK (1 buah), KV (2 buah), SK (50 buah), SJK(C) (8 buah), SJK(T) (9 buah), SABK ( 1 buah).

SENARAI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

BIL

NAMA

TAHUN

1

En. Zainal Abidin bin Ahmad

01/06/1982 – 16/08/1982

2

Hj. Abu Samah bin Mohd Amin

16/11/1982 – 30/04/1985

3

Hj. Ahmad Norawi @ Mohamad bin Mohd Akhir

01/05/1985 – 15/06/1988

4

Hj. Ibrahim bin Mat Isa

16/08/1988 – 15/08/1990

5

Hj. Zakria bin Puteh

16/08/1990 – 28/02/1994

6

Hj. Mohd Fadzil bin Hj. Abd Malek

01/03/1994 – 15/10/1996

7

Hj. Abdul Latif bin Wadud

16/10/1996 – 30/12/1997

8

Hj. Ali bin Jamin

01/01/1998 – 29/10/2003

9

En. Abdul Muen bin Hj. Nordin

30/12/2003 – 30/04/2004

10

En. Abdullah bin Ismail

01/05/2004 – 31/12/2005

11

En. Hamzah bin Hussin

01/01/2006 – 16/08/2006

12

Hjh. Narimah bt Abd Malek

01/08/2006 -  02/11/2008

13

Hj. Mohd Nadzri bin Hj Ab Wahab

03/11/2008 – 31/05/2011

14

Pn. Asiah binti Hamzah

01/06/2011 – 31/03/2012

15

En. Ab Rahman bin Halib

01/04/2012 – 22/06/2014

16

Hj. Wan Abdul Hamid bin Hj. Wan Mohammad

23/06/2014 – sekarang

 

Trafik Sesawang

Hari Ini14
Minggu Ini62
Bulan Ini497
Jumlah76070

IP Pelawat 34.203.225.78 Info Pelawat Unknown - Unknown Selasa, 11 Disember 2018 05:50