SEJARAH PPD KUANTAN

Latar Belakang Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan

 

Mula beroperasi di Wisma Persekutuan, Jalan Gambut Kuantan pada tahun 1982 bawah pimpinan Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan yang pertama iaitu Encik Mohd Hashim bin Abdul Kadir sehingga Pegawai Pelajaran Daerah yang ke-2 iaitu Encik Yusoff  bin Jafaar. Sekitar tahun 1990-an Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan telah berpindah ke tingkat 3 Bangunan RISDA beralamat di Lot  7876, Jalan Haji Junid 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Pada ketika itu, PPD Kuantan dipimpin oleh Tuan Haji Shaharuddin bin Shamsuddin yang merupakan Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan yang ke-3. Seterusnya PPD Kuantan telah berpindah ke tapak sekarang yang dahulunya merupakan bangunan Maktab Perguruan Teruntum di Jalan Gambut 25000 Kuantan semasa Tuan Haji Ab. Hamid bin Md Shah memimpin PPD Kuantan.  

 

 

Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Dari Tahun 1982 hingga 2016

 

Bil

Nama PPD Kuantan

Tahun

1

Mohd Hashim bin Abdul Kadir

1982   -  Disember 1989

2

Yusoff  bin  Jaafar

November 1989  -  Jun 1992

3

Haji Shahrudin  bin Shamsudin

Jun 1992  -  November 1994

4

A. Rahim bin Noh

16 November 1994  - 15 November 1995

5

Mohamed Hadi bin Shirin

15 November 1995  -  12 Mei  1999

6

Haji Ab. Hamid bin  Md Shah

17 Julai  1999   -  15 Ogos  2000

7

Wan Mustama bin Wan Abdul Hayat

16 Ogos 2000  -  16 Jun 2003

8

Haji Othman bin Ramli

01 Julai 2003   -   28 Februari 2005

9

Amiruddin bin Haji Abdullah

01 Mac 2005  -  31 Julai 2006

10

Yahya bin Zainal Abidin

01 Ogos 2006  -  1 Julai  2007

11

Zainuren bin Haji Mohd Nor

01 Julai 2007  -  1  Ogos 2008

12

Hajah Narimah bt Abdul Malek

03  November 2008   -  31  Disember 2009

13

Rosdi bin Ismail

01 Januari 2010 -  16 Julai 2010

14

Haji Wan Abdul Hamid bin Wan Mohammad

16 Julai 2010  -  16 Mei 2011

15

Haji Karim bin Man

16 Mei 2011  -  1 Oktober  2012

16

Haji Mohamad bin Hamid

01 Oktober  2012   -   3 Oktober 2014

17

Haji Mohd Pauzi bin Taib

16 Oktober 2014   -  14 September 2015

18

Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus

15 September 2015 - 2016

19

Haji Mohd Razali bin Mustafar SMP., AMP

6 Oktober 2016 -  Terkini