Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN

1.     Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.

2.       Memastikan agihan penempatan guru ke sekolah adalah seimbang berdasarkan opsyen, pengalaman dan kepakaran.

3.       Memastikan kekosongan jawatan pengetua/guru besar/guru penolong kanan diisi dalam tempoh satu (1) bulan selepas berlaku kekosongan.

4.       Memastikan tuntutan daripada guru dan bukan guru diproses dalam masa dua (2) minggu dari tarikh diterima.

5.       Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.

6.       Memastikan sistem peperiksaan dikendalikan dengan cekap dan berkesan .

7.       Memastikan arahan-arahan perkembangan kurikulum dan pelaksanaan dijalankan dengan cekap dan berkesan.

8.       Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak untuk mempertingkat prestasi perkhidmatan.

9.       Memperkemas pengurusan kokurikulum untuk melahirkan bakat-bakat yang berkualiti dalam bidang olahraga dan permainan serta menghasilkan kepimpinan yang berkesan dalam badan-badan beruniform, menuju ke arah matlamat Malaysia cergas.

10.   Memastikan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan daripada perkhidmatan kaunter yang cekap, mesra dalam tempoh lima (5) minit.

11.   Segala surat aduan dan rayuan kepada dan menerusi pejabat ini diberi jawapan dalam tempoh dua (2) minggu.