Aluan PPD

 

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat menyiapkan laman web Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam  mengakses  laman web PPD ini untuk tujuan mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian setiap warga pendidik di daerah ini sewajarnya mempunyai perancangan yang strategik bagi memastikan kecemerlangan pendidikan dapat direalisasikan.

Selain dari perancangan yang rapi, elemen lain yang penting ialah pemantauan dan kawal selia daripada pegawai-pegawai samada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah dan kepimpinan sekolah amat membantu kejayaan yang gemilang. Hal ini kerana perkembangan dan kemajuan pendidikan hari ini sentiasa mendapat perhatian daripada semua pihak.

Penggunaan laman web sebagai medium atau alat perhubungan dan intelektual, mampu meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan. Sistem penyampaian yang berkesan mampu memberi perubahan dan peningkatan dalam aspek pengurusan.

Saya berharap laman web ini akan menjadi suatu wadah yang dapat dimanfaatkan kepada semua warga pendidik di daerah ini dan seluruh negara.

 

“Kuantan Memang Di Hadapan”

 

Haji Mohd Razali bin Mustafar SMP., AMP             

Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan