Portal PPD Jerantut ini masih dalam proses pembinaan .... harap maklum
Aktiviti Minggu Ini Di PPD Jerantut

AKTIVITI PPD JERANTUT  :

 
Mesyuarat Penyelaras Kadet Bomba Daerah bil 1/2019
Tarikh : 18 Febuari 2019
Tempat : Balai Bomba
Masa : 2.30 Petang
 
Taklimat guru penyelaras kelab Malaysiaku
Tarikh : 20 Febuari 2019
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pejabat Penerangan Daerah
 
Taklimat Jurulatih Pusat Ko / Perkhemahan SMJK Hwa Lian
Tarikh   : 21 Febuari 2019
Tempat : Pusat Kourikulum
Masa : 3.00 petang
 
Mesyuarat Agong Majlis Kebudayaan Daerah Jerantut
Tarikh : 22 Febuari 2019
Tempat :Dewan Banquet MDJ
Masa : 2.30 Petang
 
Taklimat Pertandingan kitar semula bersama SW Corp
Tarikh : 25 Febuari 2019
Tempat : Dewan Seminar SMK Pdg Saujana
Masa : 11.00 Pagi
 
Mesyuarat Pelarasan Kelab Dr Muda Daerah Jerantut
Tarikh : 27 Februari 2019
Tempat : Pejabat Kesihatan Daerah
Masa : 8.00 pagi - 1.00 Petang
 
Mesyuarat Agung Puteri Islam Daerah
Tarikh : 27 Februari 2019
Tempat : Dewan Seminar SMK Padang Saujana
Masa : 7.30 pagi - 2.00 ptg
 
Sambutan Hari Pandu Puteri Sedunia dan Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Daerah Jerantut
Tarikh : 27 Febuari 2019
Tempat : Dewan Banquet MDJ
Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang

 

 

 

Muat Turun

free accordion menu module

Pawang Nong

Daerah Jerantut adalah tanah pahlawan. Di tanah bertuah inilah sejarah tercatat perjuangan pahlawan Melayu terbilang. Rakyat Malaysia kebanyakkannya hanya mengenali sejarah perjuangan Mat Kilau dan Tok Gajah di negeri Pahang. Seorang lagi pahlawan Melayu kurang dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia yang berjuang menentang penjajah Jepun dan komunis iaitu Nong Taib bin Santan atau lebih dikenali sebagai Pawang Nong. Pawang Nong Taib, anak kepada Santan bin Husin dengan Boi binti Bakar adalah pejuang Pahang.

Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis pada tahun 1874, beliau meninggal dunia pada 1977 meninggalkan isteri dan 11 orang anak serta cucu cicit yang kebanyakkannya tinggal di Kampung Ulu Cheka. Beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Patam binti Mat Sama dan dikurniakan lapan orang anak iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama Hajjah Halimah binti Mak Long dan dikurniakan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Nong Taib atau digelar Pawang Nong kerana kepakarannya mengubati penyakit secara tradisional.

Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada tahun 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.

Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekak di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan tentera Jepun dan komunis di daerah ini.

Selaian itu beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak. Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka.

Ketika pendudukan Jepun, 1942-1945, Pawang Nong mengarahkan penduduk Kampung Hulu Cheka jangan mematuhi perintah Jepun menyerahkan semua lebihan padi, sebaliknya menyerahkan 15-20 gantang sahaja. Lebihan padi disimpan di tepi hutan untuk mengelakkan daripada di kesan pemerintah Jepun.

Pawang Nong membantu pasukan 136 di bawah pimpinan Golden berlindung di Sekolah Kebangsaan Hulu Cheka. Pawang Nong juga memainkan peranan menentang komunis di kampungnya. Beliau bersama 40 orang membantu pasukan tentera yang terdiri daripada 8 orang di bawah pimpinan Leftenan Adnan bertempur dengan Komunis di Kampung Perlok. Pengaruh komunis juga tidak dapat menembusi kampung ini kerana penduduk Kampung Ulu Cheka amat bersatu padu di bawah kepimpinan Nong Taib.

Pawang Nong dengan penuh keberanian mengadakan rundingan dengan Pesuruhjaya British bagi dapatkan bantuan senjata untuk diberikan kepada penduduk supaya mereka dapat menentang tentera Jepun dan komunis ketika itu.

Hasil dari rundingan itu, penduduk Ulu Cheka dibekalkan senjata dan ditubuhkan pasukan homeguard sebagai pertahanan kampung  termasuk untuk keluar membeli makanan di Kampung Damak, Kuala Lipis dan juga Kuala Kubu, Selangor.

Atas kebijaksaanan beliau ketika itu, penduduk Kampung Ulu Cheka tidak dipindahkan dan mereka dibekalkan senapang patah untuk menentang pengganas komunis. Penduduk kampung telah menentang komunis sebanyak tiga kali, malangnya ada penduduk kampung yang terbunuh.

Nong Taib juga terlibat dengan Peperangan Perlok dan menentang komunis di Maran, Pahang. Menurut seorang penduduk Ulu Cheka, Jamlus bin Mat Zium (pesara guru dan Ahli JKKK Kg Ulu Cheka), Penglibatan Pawang Nong dalam peperangan di Perlok diceritakan dalam buku bertajuk Askar Melayu 50 Tahun tulisan Tan Sri Abdul Samad Idris terbitan Pustaka Budiman Sdn Bhd.

Pawang Nong terlibat dengan tiga peperangan bersama tentera Jepun dan Komunis sekitar tahun 1948 sehingga tahun 1952 iaitu peperangan di Terbol, Bukit Batu dan di Perlok di mana peperangan di Perlok adalah peperangan yang paling hebat ketika itu.

Ketokohan Nong Taib terserlah apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pembesar negeri yang ditahan komunis di Tong Kiat (sekarang dikenali dengan nama Sungai Jerik), Maran pada 1945. Selepas peristiwa itu beliau diisytiharkan sebagai Pawang Diraja oleh Sultan Pahang.

Seribu satu kisah legenda ini dicerita berulang kali oleh orang tua-tua di kampung ini yang memuji semangat kepahlawanannya dalam menentang askar Jepun dan pengganas komunis.

Sebagai menghargai jasa seorang pejuang, Pawang Nong diberi pengiktirafan menerima pingat British Empayar Medal (BEM) yang dihantar sendiri oleh Jeneral Sir Gerald Templer selain menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan persekutuan serta Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada Pahang.

Sebagai penghormatan kepada Nong Taib, Sekolah Kebangsaan Ulu Cheka ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pawang Nong dan satu lagi usaha mengenengahkan jasa beliau ialah apabila Majlis Daerah Jerantut menamakan sebuah bulatan sebagai Bulatan Pawang Nong dan satu persimpangan sebagai Persimpangan Pawang Nong.

Menjejaki sejarah Pawang Nong bukanlah sukar kerana makamnya ditempatkan bersebelahan dengan Masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut. JKKK Kampung Ulu Cheka membuka Galeri Warisan bagi membolehkan orang luar mengetahui serba sedikit mengenai Ulu Cheka dan sejarah perjuangan Pawang Nong. Galeri ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB Datuk Haji Ahmad Nazlan bin Idris pada Oktober 2016.

Artifak-artifak lama yang dipamerkan di galeri ini terdapat yang bernilai tinggi dan mendapat pengesahan daripada pegawai Muzium Pahang. Antaranya parang, alatan perhiasan perkahwinan dan barang kemas. Ada kukur kelapa berusia 100 tahun, selain pinggan mangkuk dan pakaian.

Di antara jasa-jasa Pawang Nong adalah :

- Membuka kampong Ulu Cheka pada tahun 1907 dengan tujuh orang kawan.
- Menjadi pengasas kepada masjid Ulu Cheka.
- Menjadi Pengasas kepada Sekolah Kebangsaan Pawang Nong.
- Pawang pertama Ulu Cheka.
- Pendekar Silat Cekak.
- Pemimpin perjuangan menentang penjajah Jepun dan Komunis di Pahang.

Perjuangan dan keberaniannya menentang penjajah Jepun dan komunis, beliau telah dianugerahkan pingat-pingat sebagai menghargai perjuangan dan keberaniannya

- Pingat British Empayar Medal (BEM) yang dihantar sendiri oleh Jeneral Sir Gerald Templer
- Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada kerajaan persekutuan
- Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan persekutuan
- Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada Pahang.

Beliau terus berkhidmat sebagai bomoh sehingga meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 November 1976.

http://muzium-pahang.blogspot.my/2014/04/tokoh-pahlawan-pahang-artikal-3.html

Statistik

Sekolah Rendah :

- SK : 42 buah
- SK (JHEOA) : 1 buah
- SJKC : 4 buah
- SJKT : 1 buah

Sekolah Menengah :

- SMK : 14 buah
- SMKA : 1 buah
- SABK : 2 buah

Sekolah Negeri :

- SMAN : 2 buah 

Sekolah Rendah :

- Guru : 1132
- AKP : 267

Sekolah Menengah :

- Guru : 833
- AKP : 200

Jumlah Guru : 1965
Jumlah AKP : 467

*Data berdasarkan eOperasi pada 2 Mei 2018

Sekolah Rendah :

- SK : 8,359
- SK (JHEOA) : 79
- SJKC : 969
- SJKT : 151
JUMLAH : 9,558

Sekolah Menengah :

- SMK : 5,946
- SMKA : 650
- SABK : 186
JUMLAH : 6,782

Jumlah Besar : 16,340

*Data berdasarkan APDM pada 2 Mei 2018

Penilaian & Peperiksaan

Kenali Jerantut

Video Klip

Hubungi Kami

Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut
KM.4, Jalan Jerantut - Temerloh,
27000 Jerantut,
Pahang Darul Makmur

 

Tel. : 09-2662470 / 09-2671876
Fax : 09-2661400
Emel : ppd.jerantut@moe.gov.my
Twitter : @ppdjerantut

Direktori

Kakitangan
Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pusat Kegiatan Guru
Jabatan Pendidikan Negeri

Pelawat

Today114
This week632
This month5167
Total85866

Visitor IP : 3.85.214.0 Visitor Info : Unknown - Unknown 23 Oktober 2019